Image Banner

MAJLIS PERASMIAN DEWAN PENGURUSAN JENAZAH (DPJ) MASJID AL BARAKAH, 08600 TIKAM BATU KEDAH DARUL AMAN.

Jom kia tabarukh dengan bersedekah/berinfak,menderma atau sumbangan.

FASA 1 : TAHUN 2022

Semua anak yatim, fakir miskin dan yang tidak berkemampuan diberi PERCUMA @ tidak dikenakan bayaran bila berlakunya kematian.

Yang berkemampuan hanya perlu bayar RM400.00 sahaja untuk kos memandikan dan mengkuborkan jenazah.

 

FASA2 : TAHUN 2023

Semua anak kariah diberi PERCUMA @ tiada bayaran pengerusan jenazah.

SISTEM 2T, dijadikan asas utama untuk merealisasikan program besar ini, iaiutu T yang pertama : Taawun danT yang kedua : Tabarukh.

 

Sumbangan boleh dibuat melalui portasl masjid https://masjidalbarakah.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAGI

MAJLIS PERASMIAN DEWAN PENGURUSAN JENAZAH (DPJ) MASJID AL BARAKAH, 08600 TIKAM BATU KEDAH DARUL AMAN.

Jom kia tabarukh dengan bersedekah/berinfak,menderma atau sumbangan.

FASA 1 : TAHUN 2022

Semua anak yatim, fakir miskin dan yang tidak berkemampuan diberi PERCUMA @ tidak dikenakan bayaran bila berlakunya kematian.

Yang berkemampuan hanya perlu bayar RM400.00 sahaja untuk kos memandikan dan mengkuborkan jenazah.

 

FASA2 : TAHUN 2023

Semua anak kariah diberi PERCUMA @ tiada bayaran pengerusan jenazah.

SISTEM 2T, dijadikan asas utama untuk merealisasikan program besar ini, iaiutu T yang pertama : Taawun danT yang kedua : Tabarukh.

 

Sumbangan boleh dibuat melalui portasl masjid https://masjidalbarakah.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAGI

MAJLIS PERASMIAN DEWAN PENGURUSAN JENAZAH (DPJ) MASJID AL BARAKAH, 08600 TIKAM BATU KEDAH DARUL AMAN OLEH YB USTAZ AHMAD FAZLI BIN HASHIM, ADUN PANTAI MERDEKA.

Jom kia tabarukh dengan bersedekah/berinfak,menderma atau sumbangan.

FASA 1 : TAHUN 2022

Semua anak yatim, fakir miskin dan yang tidak berkemampuan diberi PERCUMA @ tidak dikenakan bayaran bila berlakunya kematian.

Yang berkemampuan hanya perlu bayar RM400.00 sahaja untuk kos memandikan dan mengkuborkan jenazah.

 

FASA2 : TAHUN 2023

Semua anak kariah diberi PERCUMA @ tiada bayaran pengerusan jenazah.

SISTEM 2T, dijadikan asas utama untuk merealisasikan program besar ini, iaiutu T yang pertama : Taawun danT yang kedua : Tabarukh.

 

Sumbangan boleh dibuat melalui portasl masjid https://masjidalbarakah.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAGI

KEDAH BENARKAN AKTIVITI IMARAH MASJID SEPANJANG RAMADAN

ALOR SETAR - Kedah membenarkan majlis berbuka puasa, moreh dan bersahur di masjid sepanjang Ramadan dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, aktiviti mengimarahkan masjid dan surau termasuk solat tarawih sepanjang Ramadan itu dibenar dilaksanakan di seluruh negeri ini.

Menurutnya, solat tarawih dibenarkan mengikut kapasiti keseluruhan masjid dan surau dengan mematuhi protokol kesihatan serta penjarakan fizikal minimum satu meter.

“Program tadarus al-Quran yang turut dilaksana sebelum ini turut dibenarkan, namun perlu mematuhi SOP yang sama.

"Program qiamullail di masjid dan surau dibenarkan dengan aktiviti terhad kepada ibadah solat sunat, membaca al-Quran dan zikir saja,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Mohd Yusri berkata, bagaimanapun sebarang aktiviti tidur di masjid dan surau tidak dibenarkan sama sekali.

“Ahli kariah boleh mengadakan jamuan berbuka puasa, moreh dan sahur di kawasan masjid serta surau dengan mematuhi penjarakan fizikal.

"Jamuan hanya dibenarkan dalam bentuk bufet dan dihidangkan di ruangan khas dengan mengamalkan SOP ketat,” katanya.

Menurutnya, masjid dan surau juga digalakkan menyediakan makanan siap dibungkus kepada jemaah masing-masing.

"Bagi hidangan bufet, pihak masjid dan surau perlu sediakan petugas khas bagi mencedok nasi, lauk, menyediakan minuman dan sebagainya sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.

Mohd Yusri berkata, aktiviti memasak juadah berbuka, moreh dan sahur di masjid dan surau dibenarkan dengan penglibatan tidak melebihi 10 petugas di lokasi penyediaan makanan pada suatu masa selain mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan penyediaan makanan.



“Pihak berkuasa berhak menentukan larangan lebih ketat terhadap mana-mana masjid dan surau di kawasan zon merah dari masa ke masa bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut tegaskan mana-mana masjid atau surau yang melanggar dan tidak mematuhi arahan berkenaan boleh dikenakan tindakan.

“Ini termasuk menarik balik kebenaran melaksanakan aktiviti keagamaan serta-merta di masjid terlibat,” katanya.


Artikel Penuh : SINAR HARIAN

LAGI

SOLAT JUMAAT, FARDU DI KEDAH IKUT KELUASAN MASJID

ALOR SETAR - Kapasiti solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di semua masjid dan surau negeri Kedah kini berdasarkan kepada keluasan ruang solat atau kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal minimum satu meter.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, kelonggaran itu berkuat kuasa mulai Khamis dan melibatkan semua zon termasuk zon merah.
Menurutnya, pengurusan masjid turut dibenarkan menyediakan ruang tambahan bersesuaian bagi menampung jemaah sekiranya kapasiti masjid tidak mencukupi untuk solat Jumaat.

“Kelonggaran itu dibuat berdasarkan laporan pematuhan arahan pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau amat baik dan tinggi. Selain kadar kes aktif Covid-19 yang agak terkawal di negeri ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Yusri berkata, jemaah yang berumur 12 tahun ke bawah kini dibenarkan solat secara berjemaah kecuali di zon merah, namun keutamaan diberikan kepada jemaah dewasa.

“Semua program keagamaan dan majlis ilmu seperti ceramah, kuliah, kelas agama dan sebagainya di masjid dan surau di semua zon kini dibenarkan, namun tidak melebihi satu jam selain tidak melebihi kapasiti hadirin dibenarkan dalam solat fardu dan solat Jumaat,” katanya.

Menurutnya, hadirin adalah terhad kepada anak kariah dengan mematuhi normal baharu dan protokol kesihatan serta ketetapan yang digariskan pihak berkuasa.

“Solat jenazah bagi zon merah dibenarkan dan tidak melebihi kapasiti hadirin dibenarkan dalam solat fardu dan solat Jumaat, selain mematuhi normal baharu,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti ziarah kubur turut dibolehkan bagi semua zon.

“Kelonggaran dan kebenaran aktiviti keagamaan di masjid dan surau di zon merah tertakluk kepada arahan atau nasihat dari masa ke masa,” katanya.

Sebelum ini, solat Jumaat bagi zon merah di Kedah dibenarkan maksimum 50 jemaah tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, manakala zon hijau, kuning dan jingga berdasarkan keluasan keseluruhan masjid dengan penjarakan fizikal satu meter.

Bagi solat fardu berjemaah di zon merah terhad kepada 20 orang terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa masjid serta anak kariah.

SUMBER: SINAR HARIAN

LAGI

SOP IBADAH SEPANJANG RAMADAN DI MASJID, SURAU AKAN DIUMUM SEGERA

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti ibadah di masjid dan surau sepanjang Ramadan termasuk solat Tarawih, akan diperinci dan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bagi Wilayah Persekutuan, SOP akan diselaraskan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), manakala negeri lain ditentukan Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

"Saya melihat perkara ini (ibadah bulan Ramadan) hampir sama dengan solat yang lain, kecuali mungkin ada sedikit perubahan kecil akan dilihat dari semasa ke semasa," katanya selepas merasmikan Akaun Emas Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) atau Akaun SERY, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi YaPEIM, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid dan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan.
Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran untuk mengadakan solat Tarawih di masjid sepanjang bulan Ramadan yang akan bermula 13 April ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata, produk simpanan emas dilihat membolehkan YaPEIM membantu merancakkan ekonomi khususnya dalam tempoh negara sedang pulih daripada impak COVID-19.

Beliau berharap dengan produk baharu itu, YaPIEM mampu bersaing dengan pemain industri emas yang lain.

Akaun SERY adalah produk simpanan emas yang membolehkan emas dibeli secara digital dan ditukar kepada emas fizikal dengan caj berpatutan, selain patuh syariah. - BERNAMA

 

SUMBER: BERITA HARIAN

LAGI

SEDEKAH BERAS DENGAN KERJASAMA MASJID

Projek sedekah jariah bersama rakan fb saya dalam usaha menyebarluaskan aktiviti sedekah beras telah menawarkan kpd masjid-masjid di Malaysia yg ingin menggerak usaha bersedekah beras kpd anak qariah yg miskin dan memerlukan.Sehingga kini telah 12 masjid memohon.Hari ini projek ini tekah nenyerah 100 kampit beras 5kg kpd Masjid Pengkalan Kakap,Merbok Kedah untuk diagihkan.
Permohonan masih terbuka utk 15 tan beras lagi, whatsapp 0124120846.
Makluman ini utk pengetahuan penyumbang ke projek ini kemana wang mereka dibelanjakan.

LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan