:
Tabung 2T Pengurusan Jenazah
Share:


PENGENALAN
Sistem 2T adalah satu sistem berteraskan 'ketelusan dan keadilan' demi memastikan semua pihak mendapat manafaat daripada sumbangan/infak/derma orang ramai khususnya anak kariah Masjid Al Barakah Tikam Batu. Prinsip utama ialah semua pihak dapat berasa manfaat dan tidak terasa sebarang keraguan atau tertipu. Kontrak 2T berasaskan dua huruf yang bermula dengan huruf T, T yang pertama ialah “tabarru'” (derma) dan T yang kedua ialah “taawun” (tolong-menolong), di mana semua anak kariah bersetuju untuk saling menolong, jamin menjamin antara mereka ketika ditimpa musibah. Maksudnya, semua anak kariah menyumbang dalam “Tabung 2T” dengan ikhlas untuk saling membantu jika ditimpa musibah.

Dengan konsep tabarru' dan ta'awun itu, maka akan terhapus sikap keakuan, serta menyemarakkan rasa kasih sayang diantara kita anak kariah.


1. SISTEM BERTERASKAN - ketelusan dan keadilan.


2. KONTRAK BERASASKAN

  • tabarru'- derma.
  • taawun - tolong menolong.

Dimana...

  1. Semua anak kariah bersetuju untuk saling tolong menolong.
  2. Jamin menjamin antara anak kariah ketika ditimpa musibah.

Alat Kontrak tabarru’ Alat yang akan digunakan oleh pihak masjid ialah dengan mewujudkan TABUNG 2T PENGURUSAN JENAZAH, didua tempat;

  1. di Masjid dan
  2. di Dewan Pengurusan Jenazah (DPJ). 

serta menggunakan media sosial seperti;

  1. Facebook
  2. Laman web masjid iaitu http:masjidalbarakah.my
  3. Buletin mingguan

Orang ramai boleh menyumbang secara online untuk Tabung 2T Pengurusan Jenazah seperti dibawah: